News

KUNJUNGAN HORMAT MBOT KE PERHILITAN BAGI MEMPERKASA PROFESIONALISME TENAGA KERJA TEKNIKAL

Jul 21, 2026
21 Julai 2026 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, YBhg. Dato' Abdul Kadir bin Abu Hashim.

Delegasi MBOT telah diketuai oleh YBrs. EUR ING. Ts. Mohamad Sukor bin Zainal Abiddin, Anggota Lembaga MBOT, bersama pegawai-pegawai MBOT.

Kunjungan ini menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama strategik antara MBOT dan PERHILITAN, khususnya dalam memperkasa pembangunan modal insan teknikal. Antara perkara yang dibincangkan termasuk pendaftaran kakitangan teknikal PERHILITAN sebagai Professional Technologist (Ts.) dan Certified Technician (Tc.), cadangan penggunaan Standard Perkhidmatan MBOT sebagai rujukan dalam memperkukuh kompetensi dan amalan profesional, serta pelaksanaan program kolaborasi strategik pada masa hadapan.

Dalam mendepani cabaran pemuliharaan biodiversiti negara, pelbagai disiplin teknologi memainkan peranan yang semakin signifikan, termasuk Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan teknologi geospatial, dron, sensor Internet of Things (IoT), kamera perangkap (camera trap), pemantauan satelit, forensik digital, keselamatan siber dan pelbagai teknologi berkaitan. Pengiktirafan profesional terhadap kepakaran ini amat penting bagi memastikan tenaga kerja teknikal negara terus berdaya saing, kompeten dan bersedia menyokong usaha melindungi khazanah biodiversiti Malaysia.

Semoga jalinan kerjasama strategik ini menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan berteknologi tinggi serta memperkukuh usaha pemuliharaan warisan semula jadi negara.