News

KUNJUNGAN HORMAT MBOT KE MALAYSIAN PALM OIL BOARD

Nov 14, 2023
14 NOVEMBER 2023 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Datuk Dr. Ahmad Parveez Hj. Ghulam Kadir, Ketua Pengarah Malaysian Palm Oil Board (MPOB). Delegasi MBOT diketuai oleh YBrs. Ts. Dr. Mahaletchumy Arujanan, Anggota Lembaga MBOT merangkap Pengarah Eksekutif Malaysian Biotechnology Information Centre (MABIC).
 
Pertemuan antara MBOT dan MPOB ini merupakan satu inisiatif libat urus bagi memperkenalkan fungsi dan peranan pengiktirafan profesional oleh MBOT di samping membincangkan potensi kolaborasi baharu yang boleh dijalankan antara kedua-dua pihak.

Antara potensi kolaborasi yang dibincangkan ialah penglibatan Teknologis dan Juruteknik Profesional yang diiktiraf dalam projek-projek teknikal MPOB serta kerjasama dalam penganjuran program, inisiatif atau rangkaian anjuran MBOT dan juga MPOB.

Turut hadir ialah YBrs. Dr Fauzi Md Ismail, Pendaftar MBOT, Cik Nurul Najwa Abu Bakar, Penolong Pendaftar (Operasi) manakala wakil dari MPOB turut disertai oleh YBrs. Encik Mohd Saufi Awang, Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat & Khidmat Korporat (ITCS) dan Encik Mohamad Fairus Mohd Hidzir, Ketua Unit Pelaksanaan Korporat & Perundingan (CICU).