News

KUNJUNGAN HORMAT MBOT KE INSTEP, TERENGGANU

Jan 10, 2023
10 JANUARI 2023 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah mengadakan kunjungan hormat ke Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP) di Kuala Nerus, Terengganu. 

Kunjungan tersebut telah dikelola oleh En Kamarozaman Husin, Ketua Pembelajaran Teknikal Kecemerlangan manakala MBOT diwakili YBrs. Ts. Abdul Hafiz Mohamad Nor, Timbalan Pendaftar (Operasi) MBOT. 

Semasa pertemuan tersebut, Ts. Abdul Hafiz menerangkan fungsi dan peranan MBOT serta taklimat ringkas berkenaan pendaftaran Teknologis Profesional (Ts.) dan Juruteknik Bertauliah (Tc.) dalam kalangan tenaga pengajar dan kakitangan INSTEP. Selain itu, INSTEP turut berkongsi mengenai pelaksaan Technical Energy Enrichment Programme (TEP) yang dianjurkan oleh pihak INSTEP bagi memperhalusi kesetaraan pensijilan tersebut untuk pengiktirafan sebagai Juruteknik Berkelayakan.