News

KUNJUNGAN HORMAT MBOT KE CIDB IBS PERKASA KERJASAMA PROFESIONAL

May 07, 2026
7 MEI 2026 - Prof. Dato' Ts. Ir. Dr. Mohamed Ibrahim bin Abdul Mutalib, Presiden MBOT telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ir. Ts. Zuhairi Abdul Ghani, Ketua Pegawai Eksekutif CIDB IBS bagi memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara MBOT dan CIDB IBS.

Antara perkara utama yang dibincangkan adalah usaha memperkasa pengiktirafan profesional bagi teknologis dan juruteknik dalam kalangan pegawai teknikal serta warga kerja CIDB. Perbincangan turut menyentuh mengenai penerapan MBOT Professional Services Standard dalam perkhidmatan dan projek teknologi CIDB bagi meningkatkan kualiti, kecekapan serta pematuhan terhadap proses kerja teknikal.

Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan usaha memperkukuh kolaborasi menerusi pelbagai program, inisiatif dan aktiviti jaringan profesional yang memberi penekanan kepada pemerkasaan integriti, tadbir urus yang baik serta pematuhan kepada kod etika profesional dalam kalangan teknologis dan juruteknik.