Jun 18, 2025
18 JUN 2025 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah menjalankan kunjungan hormat ke atas Datuk Zamir bin Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG). Pertemuan ini membuka ruang kepada perbincangan menyeluruh mengenai hala tuju bersama bagi mempertingkatkan pembangunan profesional dalam kalangan kakitangan teknikal di JMG.
Antara perkara utama yang dibincangkan adalah hala tuju kerjasama MBOT–JMG dalam pemakaian MBOT Professional Services Standard for Technologists and Technicians dalam operasi, projek dan perkhidmatan teknikal JMG bagi memastikan mutu kerja teknikal yang lebih cekap, berkualiti dan mematuhi standard profesional nasional. Selain itu, MBOT dan JMG merancang untuk mengadakan kerjasama strategik melalui pelaksanaan program pembangunan kapasiti, inisiatif profesional serta jaringan industri demi memperkukuh ekosistem teknikal negara.
MBOT amat menghargai keterbukaan dan komitmen JMG dalam memperkasa modal insan teknikal serta berharap kolaborasi yang bakal dirintis ini akan memberi manfaat besar kepada kedua-dua pihak, khususnya dalam memperkukuhkan peranan teknologis dan juruteknik dalam sektor geosains, mineral dan sumber bumi negara.