News

KUNJUNGAN HORMAT LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA KEPADA PRESIDEN SIRIM BERHAD

Nov 18, 2021
18 NOVEMBER 2021 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Sabirin Arshad, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM Berhad di Pejabat SIRIM hari ini. 

Pertemuan tersebut diadakan untuk meneroka peluang kerjasama antara MBOT dan SIRIM dalam mengiktiraf tenaga kerja berkaitan teknologi dan teknikal. Di samping itu, MBOT turut berkongsi mengenai program MBOT Technology & Innovation Expo (MTeX'21) dan mengalu-alukan penyertaan innovator dalam bidang teknologi.

Kunjungan hormat ini disertai oleh YBrs. Dr. Md Fauzi Md Ismail, Pendaftar MBOT dan beberapa pegawai kanan MBOT.