News

KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Oct 26, 2019
25 OKTOBER 2019 - Lembaga Teknologis Malaysia berbesar hati dapat berkunjung ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan bersua dengan Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan.

Perbincangan kali ini adalah bagi mendapatkan input dan pandangan YBhg. Dato' Seri untuk memperbaiki rangka Kod Etika Teknologis dan Juruteknik. Beliau telah mencadangkan dua perkara yang wajar kita masukkan dalam MBOT Code of Ethics iaitu Benevolence dan Strive to Perfection.

Pihak MBOT mengucapkan terima kasih di atas kesudian YBhg. Dato' Seri meluangkan masa bersama kami.