News

KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT KETUA JURUTERA TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)

Jul 20, 2020
20 JULAI 2020 - Lembaga Teknologis Malaysia pada hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Datuk Ir. Mohd Shaiful Adli Chung, Ketua Jurutera Tentera Laut Diraja Malaysia di Pejabat Ketua Jurutera TLDM pada jam 2.30 petang tadi.

Pertemuan tersebut telah diatur rentetan daripada penilaian profesional secara pukal yang telah diadakan di Boustead Naval Shipyard, Lumut pada bulan Mac yang lalu. Kunjungan ini bertujuan memperluas fungsi MBOT dan mendaftarkan kakitangan teknikal TLDM pada peringkat pegawai serta Juruteknik.

Pihak MBOT mengucapkan terima kasih kepada YBhg. Datuk Ir. di atas kesudian menerima kunjungan hormat daripada MBOT. Diharap kedua-dua pihak dapat terus menjalinkan kerjasama erat dalam memartabatkan profesion Teknologis dan Juruteknik di Malaysia.