News

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI JABATAN KERJA RAYA SARAWAK (JKR SARAWAK)

Nov 14, 2023
14 NOVEMBER 2023 - YBhg. Prof. Datuk Ts. Ir. Dr. Siti Hamisah Binti Tapsir, FASc., Presiden Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jabatan Kerja Raya (JKR ) Sarawak. Delegasi JKR Sarawak diketuai oleh YBrs. Ir. Ts. Dr. Cassidy Anak Morris selaku Pemangku Pengarah Kerja Raya Sarawak dan disertai oleh pegawai-pegawai kanan JKR Sarawak. 

Pertemuan ini merupakan mesyuarat susulan daripada kunjungan hormat JKR Sarawak kepada MBOT beberapa bulan yang lepas. 

Kunjungan pada hari ini diadakan bertujuan untuk memperkukuh kerjasama dua hala dengan cadangan pemerteraian Memorandum Persefahaman antara MBOT dan JKR Sarawak. YBrs. Ir. Ts. Dr. Cassidy turut memaklumkan bahawa sehingga kini, JKR Sarawak telah berjaya mendaftarkan 130 orang Teknologis Profesional (Ts.) dan 31 Juruteknik Bertauliah (Tc.). Jumlah itu dijangka akan meningkat dari semasa ke semasa seiring dengan perancangan JKR Sarawak untuk mengalakkan lebih ramai kakitangan teknikal mereka mendapatkan pengiktirafan dari MBOT.