News

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA (MBOT) KEPADA JABATAN LAUT MALAYSIA (JLM) BAGI CADANGAN KERJASAMA PENGIKTIRAFAN PERAKUAN KEKOMPETENAN (COC) DALAM BIDANG TEKNOLOGI MARITIM

Jul 27, 2022

27 Julai 2022 – Pegawai-pegawai daripada MBOT yang telah diketuai oleh Dr. Md Fauzi bin Md Ismail, Pendaftar MBOT telah membuat kunjungan hormat ke Jabatan Laut Malaysia dan Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN). Kunjungan yang berlangsung di ibu pejabat, Jabatan Laut Malaysia telah disambut oleh YBrs. Kapten Mohamad Halim bin Ahmed, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) dan pegawai-pegawai daripada JLM.
 
Kunjungan ini bagi membincangkan cadangan kerjasama pengiktirafan perakuan teknologis profesional dan juruteknik bertauliah kepada kakitangan JLM. MBOT juga berkesempatan melawat Pusat Simulator Anjungan Kapal, Matrain dan turut diberi peluang untuk merasai pengalaman berlayar.