News

KUNJUNGAN HORMAT DARI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI CAWANGAN CHERAS

Feb 27, 2020

27 FEBRUARI 2020 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah menerima kunjungan hormat dari Unit Profiling, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Cheras. Kunjungan ini diadakan bertujuan perkongsian maklumat kedua-dua organisasi di samping mewujudkan kolaborasi yang mampu memberikan impak positif kepada awam.

En. Hamdan Bin Ismail, Timbalan Pengarah LHDN Cawangan Cheras disertai 5 orang pegawai dari cawangan sama telah memperkenalkan fungsi unit profiling iaitu mengadakan libaturus dengan organisasi dan meningkatkan kesedaran awam berkaitan percukaian.

Pihak LHDN turut mewar-warkan mengenai sistem e-SMUP, program pengesanan dan pematuhan yang dijalankan melalui pengumpulan maklumat tambahan untuk menyokong aktiviti penguatkuasaan dan pematuhan.