News

KUNJUNGAN HORMAT DARI JCCD

Aug 10, 2020
10 OGOS 2020 - Lembaga Teknologis Malaysia telah menerima kunjungan dari Johor Centre for Construction Development (JCCD) hari ini di Pejabat MBOT, Putrajaya. 

Semasa kunjungan tersebut, Encik Mohd Ekmaluddin Bin Ishak, Ketua Eksekutif JCCD telah memperkenalkan fungsi JCCD serta mencadangkan untuk menjalinkan kerjasama dengan MBOT bagi mengiktiraf Kontraktor yang menjalankan kerja-kerja yang melibatkan projek di bawah kerajaan negeri Johor. MBOT turut menyambut baik cadangan tersebut dan akan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan seterusnya melantik JCCD sebagai Panel Pakar Teknologi (TEP) MBOT. 

Sementelahan itu, JCCD juga menjemput MBOT untuk menandatangani MoU bersempena Johor Construction Award yang dijadualkan berlangsung pada bulan Oktober 2020.