News

KUNJUNGAN HORMAT DARI JABATAN KIMIA MALAYSIA

Dec 29, 2021
29 DISEMBER 2021 - YBhg. Datuk Ir. Ts. Dr. Siti Hamisah Binti Tapsir, Presiden Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah menerima kunjungan hormat dari Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, YBhg. Dato’ Haji Mohamed Zaini Bin Abdul Rahman di Pejabat MBOT di Putrajaya.

Antara perkara yang dibincangkan semasa kunjungan tersebut ialah inisiatif upskilling dan reskilling untuk meningkatkan kebolehupayaan dan kecekapan warga kerja Jabatan Kimia Malaysia. Melalui pertemuan ini juga, kedua-dua agensi akan bekerjasama dalam pembangunan bakat teknologi sejajar dengan Dasar Revolusi Perindustrian Ke-4 (4IR) Negara.