News

KUNJUNGAN HORMAT DARI GEOMATIKA UNIVERSITY COLLEGE (GUC)

Jan 24, 2020

23 JANUARI 2020 - Lembaga Teknologis Malaysia telah menerima kunjungan daripada Geomatika University College (GUC).

Delegasi dari Geomatika University College yang hadir ialah Prof Sr. Dr. Mohaizi Bin Mohamad, Presiden GUC, Prof Dr Azahari Bin Jamaludin, Najib Canselor GUC, Prof Madya Sr Mohd Firdaus Bin Md Alip, Dekan Fakulti Geospatial & Hartanah serta wakil-wakil dari Bahagian Hal Ehwal Akademik.

Perbincangan ini meliputi pendedahan proses akreditasi yang dijalankan oleh MBOT kepada Pemberi Pengajian Tinggi dan pembangunan program-program Teknologi pada peringkat sarjana muda (B.Tech). Pihak GUC juga memperkenalkan dua pusat pengajian yang diwakili mereka iaitu GUC dan North Borneo University College.