News

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA MBOT/SH/5/2025

Jun 10, 2025
KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
 
1. Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang masih sah. Syarikat yang berminat perlu mempunyai pengkhususan perkhidmatan bagi perolehan perkhidmatan ICT berkaitan bagi kerja berikut:
 
PERKARA BUTIR-BUTIR SEBUT HARGA
No. Sebut harga MBOT/SH/5/2025
Tajuk Sebut harga Perolehan Perkhidmatan Langganan Internet, Peralatan Rangkaian, Talian Telefon, Ip Phone, Sistem Video Konferens Dan Kerja Kerja Pemasangan Serta Pendawaian Pejabat Lembaga Teknologis Malaysia Di Aras 8, Menara Ochre@Alamanda, Presint 1, Putrajaya
Syarat Kelayakan dan Dokumen Asal (i) Terbuka (Bumiputra/Bukan Bumiputra)
(ii) Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM)
Kategori Perkhidmatan Ict Dan Rangkaian
Pengkhususan a. 210103 – Perkhidmatan Pengurusan Sistem IT & Rangkaian; dan
b. 220201 – Perkhidmatan Telekomunikasi & Rangkaian; dan
c. 220301 – Perkhidmatan Video dan Audio Conferencing Systems
TARIKH BUKA 10 JUN 2025 (SELASA)
TARIKH TAKLIMAT 17 JUN 2025 (SELASA) JAM 3 PETANG
TARIKH TUTUP 30 JUN 2025 (SELASA)
 
2. Pendaftaran bagi syarikat-syarikat yang berminat boleh dilakukan melalui pautan GOOGLE FORM dari 10 JUN 2025 (SELASA), jam 10.00 pagi hingga 24 JUN 2025 (SELASA) jam 2.00 petang.
 
3. Setiap syarikat yang berminat untuk memasuki sebut harga DIWAJIBKAN HADIR ke sesi Taklimat Sebut Harga pada 17 JUN 2025 (SELASA) bermula JAM 3.00 PETANG di Pejabat Baharu MBOT di Aras 8, Menara OCHRE@Alamanda , presint 1, putrajaya dan perlu membawa Sijil-Sijil Asal dan Salinan (tidak akan dikembalikan) yang berkaitan. Dokumen Sebut Harga akan diberikan semasa Taklimat Sebut harga dijalankan dan ianya tidak akan dikeluarkan selepas sesi taklimat tersebut diadakan. Hanya Pemilik/Penama (tidak boleh mewakilkan orang lain selain penama dalam sijil) yang boleh menghadiri taklimat sebut harga dan kegagalan untuk menghadirinya akan menyebabkan penyertaan syarikat tuan / puan dalam sebut harga ini DIBATALKAN.
 
4. Setiap syarikat penyebut harga yang berminat untuk menyertai sebut harga ini perlu mempunyai pengalaman serta profil syarikat dalam perkhidmatan ICT berdasarkan bidang-bidang perkhidmatan seperti berikut:
 
5. Dokumen Sebut Harga yang telah sempurna diisi dan ditandatangani hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan dituliskan dengan nombor sebut harga dan dimasukkan ke dalam peti sebut harga SEBELUM/PADA 30 JUN 2025 (SELASA) JAM 12.00 TENGAH HARI di alamat berikut
 
LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA (MBOT)
A1-3-1, AYER@8
JALAN P8G, PRESINT 8
62250 PUTRAJAYA.
 
6. Dokumen Sebut harga yang LEWAT diterima TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
 
7. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau penjelasan lanjut, boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:
    1. En. Abd Malik Bin Abd Gani                              03-88006263
    2. En. Mohamad Safwan Bin Mustafar                  03-88006205