Jun 10, 2025
KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
1. Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dalam gred, kategori dan pengkhususan yang berkaitan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:
PERKARA |
BUTIR-BUTIR SEBUT HARGA |
No. Sebut harga |
MBOT/SH/4/2025 |
Tajuk Sebut harga |
Kerja-Kerja Hiasan Dalaman Bagi 9 Unit Ruang Pejabat Lembaga Teknologis Malaysia Di Aras 8, Menara Ochre@Alamanda, Presint 1, Putrajaya |
Syarat Kelayakan dan Dokumen Asal |
(i) Terbuka (Bumiputra/Bukan Bumiputra)
(ii) Sijil Perakuan Pendaftaran CIDB Gred G2
(iii) Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK)
(iv) Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) |
Kategori |
Bangunan (B) |
Pengkhususan |
B07 – Hiasan Dalaman |
TARIKH BUKA |
10 JUN 2025 (SELASA) |
TARIKH TUTUP |
24 JUN 2025 (SELASA) |
3. Setiap kontraktor yang hendak memasuki sebut harga DIWAJIBKAN HADIR ke Taklimat Sebut harga/Taklimat Tapak pada 17 JUN 2025 (SELASA) JAM 9.00 PAGI di Pejabat MBOT di ARAS 8, MENARA OCHRE@ALAMANDA, PRESINT 1, PUTRAJAYA dan perlu membawa Sijil-Sijil Asal dan Salinan (tidak akan dikembalikan) yang berkaitan yang dikeluarkan oleh CIDB. Dokumen Sebut harga akan diberikan semasa Taklimat Sebut harga/Taklimat Tapak dijalankan dan ianya tidak akan dikeluarkan selepas sesi taklimat/lawatan tersebut diadakan. Hanya Pemilik/Penama (tidak boleh mewakilkan orang lain selain penama dalam sijil) yang boleh menghadiri Taklimat Sebut harga/Taklimat Tapak dan kegagalan untuk menghadirinya akan menyebabkan penyertaan syarikat tuan dalam sebut harga ini DIBATALKAN.
4. Dokumen Sebut harga yang telah sempurna diisi dan ditandatangani hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan dituliskan dengan nombor sebut harga dan dimasukkan ke dalam peti sebut harga SEBELUM/PADA 24 JUN 2025 (SELASA) JAM 12.00 TENGAH HARI di alamat berikut:
LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA (MBOT)
A1-3-1, AYER@8
JALAN P8G, PRESINT 8
62250 PUTRAJAYA.
5. Dokumen Sebut harga yang LEWAT diterima TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
6. MBOT tidak terikat menerima tawaran terendah atau sebarang tawaran atau memberi apa-apa sebab sesuatu tawaran itu ditolak.
- Pn. Syazwani binti Bahari 03-88006268 ext. 6203
- En. Mohamad Safwan Bin Mustafar 03-88006268 ext. 6205
- En. Muhammad Hazeeq bin Mohd Hisham 03-88006268 ext. 6203