News

KE ARAH EKOSISTEM PROFESIONAL TEKNOLOGI YANG LEBIH DINAMIK

Jul 21, 2026
21 JULAI 2024 - Prof. Dato' Ts. Ir. Dr. Mohamed Ibrahim bin Abdul Mutalib, FASc., Presiden MBOT, telah mengadakan kunjungan hormat kepada Prof. Ts. Dr. Yatimah binti Alias, Naib Canselor, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Sesi libat urus ini memberi tumpuan kepada beberapa inisiatif utama, antaranya pelaksanaan akreditasi program, pembangunan kursus jangka pendek (short courses), serta usaha memperluas pendaftaran Teknologis Berijazah (Graduate Technologist - GT) secara pukal dalam kalangan graduan UMPSA.

Perbincangan yang berlangsung turut mencerminkan komitmen bersama MBOT dan UMPSA dalam memperkasa laluan pembangunan profesional graduan, memperkukuh ekosistem pendidikan teknologi serta memastikan bakat tempatan terus relevan dengan keperluan industri yang semakin berkembang.

Semoga hubungan yang terjalin ini terus membuka lebih banyak peluang kolaborasi yang memberi manfaat kepada institusi, industri dan pembangunan modal insan negara.