News

FUTURE ENGINEER DEVELOPMENT SUMMIT, PULAU PINANG

Sep 21, 2019
19 SEPTEMBER 2019 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah dijemput untuk menghadiri Future Engineer Development Summit bertempat di Penang Skills Development Centre. YBrs. Ts. Nidzam Bin Kamarulzaman, Anggota Lembaga MBOT telah mewakili MBOT dalam sesi perbincangan Working Group 3 - Future Proofing Curriculum.

Sesi perbincangan ini tertumpu kepada fleksibiliti sesuatu program bagi memenuhi permintaan industri. Ts. Nidzam telah berkongsi pandangan mengenai kecekapan teknikal yang dilihat MBOT sebagai keperluan jurutera hari ini. Persidangan ini juga merupakan satu platfrom yang ampuh kepada MBOT dalam menjalin dan meneroka kerjasama dengan organisasi yang berpotensi kelak.