News

CAMPUS TECH TALK@UTAR

Jul 11, 2023

11 JULAI 2023 - Program Talent Upskilling and Networking for Employment (TUNE) menggorak langkah seterusnya dengan mengadakan program Campus Tech Talk di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Kampus Sg Long. 

Aktiviti ini merupakan sesi ketiga yang diadakan bersempena inisiatif MBOT Student Chapter. YBrs. Ts. Dr. Nor Hazilawati Awang, Ketua Pegawai Maklumat, HeiTech Padu Berhad telah hadir sebagai penceramah dan berkongsi mengenai karier dalam bidang kejuruteraan perisian. Para pelajar juga telah diberikan pendedahan mengenai fungsi dan peranan MBOT sebagai sebuah badan professional yang mengiktiraf teknologis dan juruteknik. 

Secara keseluruhan, seramai 100 orang pelajar yang juga ahli founding members TUNE@UTAR telah bersama-sama menjayakan aktiviti kali ini.