News

CAMPUS TECH TALK TUNE@UTeM

Apr 18, 2025
18 APRIL 2025 - MBOT telah menganjurkan Campus Tech Talk di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), menarik lebih 150 pelajar yang teruja untuk menyelami dunia teknologi dan peluang kerjaya dalam bidang elektrik dan elektronik. Acara ini bukan sekadar sesi biasa, tetapi satu platform interaktif untuk memberikan pendedahan dan inspirasi kepada para pelajar untuk meneroka potensi masa depan mereka.

MBOT ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) atas sokongan luar biasa dalam menjayakan program ini. Penghargaan turut diberikan kepada Ts. Ir. Abu Hassan Mohammed Nazari daripadaTNB Power Generation Sdn Bhd yang sudi meluangkan masa untuk berkongsi pengalaman dan pandangan beliau yang sangat bernilai.