News

CAMPUS TECH TALK TUNE@UMP

May 31, 2023
31 MEI 2023 - Program Campus Tech Talk TUNE yang diadakan di Dewan Kuliah, Universiti Malaysia Pahang (UMP) merupakan siri kedua jelajah program Talent Upskilling and Networking for Employment (TUNE). Semasa program tersebut, Ar. IDr. Ts. Ahmad Ridha Abd Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Seetizensplus telah dijemput untuk berkongsi mengenai 'metaverse'.

Kira-kira 200 orang pelajar dari Fakulti Komputeran telah hadir dan turut diberikan pendedahan mengenai fungsi dan peranan MBOT dalam mengiktiraf graduan teknologi dan teknikal. Secara keseluruhannya, para pelajar yang hadir telah menonjolkan sifat proaktif dan minat yang mendalam kepada tajuk perkongsian dengan bertanyakan pelbagai soalan kepada 'speaker'.

MBOT mengucapkan terima kasih kepada pihak UMP Malaysia atas sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan aktiviti kali ini.