May 17, 2025
17 MEI 2025 - Bengkel Pemantapan Panel Penilai Profesional MBOT telah diadakan di Institut Penilaian Negara (INSPEN) dengan tujuan utama untuk menerangkan hala tuju serta Polisi Pendaftaran dan Penilaian Profesional MBOT terkini. Bengkel ini juga bertujuan untuk menyampaikan penjelasan mendalam mengenai Standard Perkhidmatan Profesional untuk Teknologis dan Juruteknik, serta berkongsi amalan terbaik dalam penilaian profesional yang disampaikan oleh panel-panel berpengalaman.
Bengkel ini dimulakan dengan kata alu-aluan daripada Dr. Md Fauzi bin Md Ismail, Pendaftar MBOT. Seterusnya, Ts. Abdul Hafiz bin Mohamad Nor, Timbalan Pendaftar (Operasi) MBOT, memperincikan Polisi Pendaftaran dan Penilaian Profesional yang Berkuatkuasa serta membentangkan 'Professional Services Standard for Technologists and Technicians' sebagai panduan komprehensif dalam Penilaian Profesional.
Pada sesi pagi, Ts. Dr. Johari bin Jalaludin, Panel Penilai Profesional MBOT, telah mengendalikan sesi Sharing Session Best Practice Penilaian Profesional. Sesi petang pula diteruskan oleh Prof. Ts. Ir. Dr. Muzamir Isa, Panel Penilai Profesional MBOT. Bengkel ini telah dihadiri oleh 185 peserta pada sesi pagi dan 75 peserta pada sesi petang.