News

BENGKEL MENGENAI KETETAPAN AMALAN TEKNOLOGIS PROFESSIONAL DALAM BIDANG IT

Jun 16, 2022

16 Jun 2022 – Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah mengadakan Bengkel Kajian Pelaksanaan Kod Amalan bagi Bidang Teknologi Maklumat (IT) dalam sektor awam.
 
IT adalah bidang kepakaran yang melibatkan perkakasan, perisian, data dan rangkaian komputer untuk mencipta teknologi bagi meningkatkan kualiti hidup. Perbincangan ini adalah bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan kod amalan bagi bidang Teknologi Maklumat (IT) dalam sektor awam.
 
Antara kepentingan pelaksanaan kod amalan (tatakelakuan) yang ditulis dan dilaksanakan dengan baik akan meningkatkan lagi nilai dan keterserlahan sesebuah bidang teknologi. Ia juga dikaitkan dengan piawaian kelakuan profesional dalam melindungi keselamatan dan kesihatan awam.