News

BENGKEL LATIHAN PANEL PENILAI MAJLIS AKREDITASI TEKNOLOGI DAN TEKNIKAL (TTAC) MBOT - ZON TIMUR

Jul 29, 2019
27 JULAI 2019 - Bengkel Latihan Panel Penilai Majlis Akreditasi Teknologi dan Teknikal (TTAC) MBOT Siri Kedua Zon Timur telah berlangsung pada 27-28 Julai 2019 di Universiti Malaysia Pahang, Kampus Gambang.  

Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan dan persediaan kepada peserta dalam menjadi panel penilai TTAC MBOT, TTAC Manual 2019 sekaligus merangkumi semua modul dalam penyediaan laporan akreditasi di bawah TTAC MBOT. Penyertaan bengkel ini merupakan salah satu syarat menjadi Panel Penilai TTAC MBOT.

Pihak MBOT mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada semua peserta yang telah memberikan kerjasama dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang bengkel ini dijalankan.