News

BENGKEL LATIHAN PANEL PENILAI MAJLIS AKREDITASI TEKNOLOGI DAN TEKNIKAL (TTAC) MBOT - ZON TENGAH

Jul 24, 2019
17 JULAI 2019 - Bengkel Latihan Panel Penilai Majlis Akreditasi Teknologi dan Teknikal (TTAC) MBOT telah berlangsung pada 17-18 Julai 2019 di German-Malaysian Institute (GMI), Kajang.  

Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan dan persediaan kepada peserta dalam menjadi panel penilai TTAC MBOT, TTAC Manual 2019 sekaligus merangkumi semua modul dalam penyediaan laporan akreditasi di bawah TTAC MBOT. Penyertaan bengkel ini merupakan salah satu syarat menjadi Panel Penilai TTAC MBOT.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua peserta yang telah memberikan kerjasama dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang program ini dijalankan.