News

BENGKEL LATIHAN PANEL PENILAI MAJLIS AKREDITASI TEKNOLOGI DAN TEKNIKAL (TTAC) MBOT - ZON SELATAN

Aug 28, 2019
24 OGOS 2019 - Bengkel Latihan Panel Penilai Majlis Akreditasi Teknologi dan Teknikal (TTAC) MBOT  Zon Selatan telah berlangsung pada 24-25 Ogos 2019 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). 

Semasa bengkel siri yang terakhir ini, Prof Madya Ts. Dr. Fahmi bin Miskon, Prof Madya Ir.Ts.Dr. Tan Lai Wai dan Ts. Rama Rao A/L Lachanna telah hadir sebagai speaker dan fasilitator jemputan. 

Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan dan persediaan kepada peserta dalam menjadi panel penilai TTAC MBOT sekaligus merangkumi semua modul dalam penyediaan laporan akreditasi di bawah TTAC MBOT. Penyertaan bengkel ini merupakan salah satu syarat menjadi Panel Penilai TTAC MBOT.


Pihak MBOT mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada semua peserta yang telah memberikan kerjasama dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang bengkel ini dijalankan.