News

BENGKEL LATIHAN PANEL PENILAI MAJLIS AKREDITASI TEKNOLOGI DAN TEKNIKAL (TTAC) MBOT - ZON SARAWAK

Aug 19, 2019
17 OGOS 2019 - Bengkel Latihan Panel Penilai Majlis Akreditasi Teknologi dan Teknikal (TTAC) MBOT  Zon Sarawak telah berlangsung pada 17-18 Ogos 2019 di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). 

Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan dan persediaan kepada peserta dalam menjadi panel penilai TTAC MBOT sekaligus merangkumi semua modul dalam penyediaan laporan akreditasi di bawah TTAC MBOT. Penyertaan bengkel ini merupakan salah satu syarat menjadi Panel Penilai TTAC MBOT.

Pada siri ini, Prof Madya Ts. Dr. Fahmi bin Miskon telah dijemput sebagai speaker dan fasilitator jemputan. Prof Madya Ts. Dr Fahmi telah membentangkan topik Requirements and Accreditation Criteria. 

Pihak MBOT mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada semua peserta yang telah memberikan kerjasama dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang bengkel ini dijalankan.