News

BENGKEL LATIHAN PANEL PENILAI MAJLIS AKREDITASI TEKNOLOGI DAN TEKNIKAL (TTAC) MBOT - ZON UTARA

Aug 06, 2019
3 OGOS 2019 - Bengkel Latihan Panel Penilai Majlis Akreditasi Teknologi dan Teknikal (TTAC) MBOT  Zon Utara telah berlangsung pada 3-4 Ogos 2019 di Kampus Tetap Pauh Putra, Universiti Malaysia Perlis. 

Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan dan persediaan kepada peserta dalam menjadi panel penilai TTAC MBOT sekaligus merangkumi semua modul dalam penyediaan laporan akreditasi di bawah TTAC MBOT. Penyertaan bengkel ini merupakan salah satu syarat menjadi Panel Penilai TTAC MBOT.

Pada siri kali ini, Ts. Dr. Zulkefli Bin Mansor telah dijemput sebagai speaker dan fasilitator jemputan. 

Pihak MBOT mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada semua peserta yang telah memberikan kerjasama dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang bengkel ini dijalankan.