News

ACARA PENYERAHAN REPLIKA SIJIL PENGIKTIRAFAN PROFESIONAL LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA SEMPENA HARI ULANG TAHUN KOR JURUTERA ELEKTRIK DAN JENTERA DIRAJA KE - 65

Jul 15, 2022

15 Julai 2022 – MBOT telah menyampaikan sijil pengiktirafan profesional kepada seramai 76 pegawai dan anggota Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja yang telah diiktiraf sebagai Teknologis Profesional (Ts.) dan Juruteknik Bertauliah (Tc.)
 
Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja merupakan satu cabang teknikal utama ATM yang terdiri daripada para pegawai dan anggota yang terlibat secara langsung dalam bidang Teknologi dan Teknikal.
 
Pengiktirafan ini membuktikan mereka bukan sahaja kompeten dalam menjalankan kerja-kerja teknologi dan teknikal, malah kini bernaung di bawah badan profesional. Para pegawai dan anggota yang diiktiraf meliputi tiga bidang utama iaitu Teknologi Automotif, Teknologi Elektrikal dan Elektronik serta Teknologi Pembuatan dan Industri.
 
Sijil profesional MBOT telah diserahkan oleh Dr. Md. Fauzi Md. Ismail, Pendaftar MBOT kepada Brig. Jen. Dato’ Ir. Ts. Khairul Said Mohd Ali, Pengarah Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja (KJLJD).