Apr 02, 2026
2 APRIL 2026 - Program Taklimat PDC MBOT: Panduan Kesediaan dan Proses Permohonan Pensijilan untuk Penyedia Latihan (Siri 1) telah berjaya dilaksanakan pada 2 April 2026 bertempat di MBOT Training Room, Pejabat MBOT, Putrajaya.
Taklimat ini bertujuan untuk memberikan panduan yang lebih jelas dan menyeluruh kepada penyedia latihan, khususnya berkaitan tahap kesediaan organisasi, keperluan dokumentasi, aspek jaminan kualiti, serta tatacara permohonan dan pelaksanaan pengiktirafan kursus jangka pendek di bawah Professional Development Certification (PDC).
Selain itu, sesi ini turut memberi peluang kepada peserta untuk mendapatkan penjelasan lanjut, berkongsi pandangan, serta memahami amalan terbaik dalam memastikan pematuhan kepada PDC MBOT.
Seramai 41 orang peserta yang terdiri daripada penyedia latihan dan pusat bertauliah telah menyertai program ini. Ia mencerminkan komitmen berterusan pihak berkepentingan dalam memperkukuh kualiti dan standard latihan profesional.