Feb 10, 2022
10 FEBRUARI 2022 - YBhg. Datuk Ts. Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Presiden Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah mengadakan perbincangan bersama YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Halimah Badioze Zaman, Presiden Malaysian Information Technology Society (MITS) secara atas talian hari ini.
Mesyuarat tersebut telah membincangkan cadangan pembangunan 'Community of Practice (COP)' dalam bidang teknologi maklumat dan pengkomputeran. Ia merupakan satu platform kepada Teknologis dan Juruteknik untuk berkongsi mengenai amalan terbaik (best practise) yang dilaksanakan dalam industri.