News

MBOT TEROKA PELUANG KERJASAMA DALAM BIDANG NANOTEKNOLOGI

Apr 10, 2026
10 APRIL 2026 - MBOT telah mengadakan kunjungan hormat ke Pusat Nanoteknologi Kebangsaan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara badan profesional dan institusi penyelidikan negara. Sesi ini menjadi platform penting untuk perkongsian perkembangan terkini berkaitan inisiatif MBOT dalam memperkasa profesion teknologis serta memperluas peranan dalam ekosistem teknologi negara.

Sesi kunjungan hormat ini dipengerusikan oleh Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Mukifza bin Harun, Pengarah Pusat Nanoteknologi Kebangsaan, manakala MBOT diwakili oleh Ts. Abdul Hafiz bin Mohamad Nor, Timbalan Pendaftar Operasi, serta wakil TTWG bidang Nanoteknologi (NT), Ts. Dr. Daniel Bien Chia Sheng.