Jan 21, 2026
21 JANUARI 2026 - Presiden Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT), Profesor Emeritus Datuk Ts. Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, FASc., hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Rangkaian Saintis Senior (Senior Scientists Network Association, SScNA) dan Malaysian Association of Research Scientists (MARS) bertempat di Bilik Mesyuarat MBOT, Putrajaya.
Kunjungan tersebut telah diketuai oleh Datuk Ts. Dr. Mohd Ashhar bin Hj. Khalid, Ahli Majlis MARS, bersama barisan kepimpinan dan wakil kedua-dua persatuan. Sesi perbincangan memfokuskan kepada peranan serta sumbangan SScNA dan MARS dalam memperkukuh ekosistem penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara, khususnya dalam memanfaatkan kepakaran saintis senior dan penyelidik tempatan bagi menyokong agenda pembangunan sains, teknologi dan inovasi negara.
Selain itu, perbincangan turut menekankan peluang kerjasama strategik antara MBOT, SScNA dan MARS dalam usaha meningkatkan tahap profesionalisme ahli-ahli persatuan, termasuk galakan dan sokongan ke arah pendaftaran sebagai Teknologis Profesional (Ts.).