News

GRADUAN CEMERLANG KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH TERIMA ANUGERAH PRESIDEN MBOT

Apr 26, 2025
26 APRIL 2025 - Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Malaysia Kali Ke-9 Tahun 2024 baru-baru ini telah menyaksikan satu momen bersejarah buat pertama kalinya apabila Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) turut menyampaikan Anugerah Presiden MBOT kepada seorang graduan daripada program yang diakreditasi oleh MBOT.

Anugerah ini telah disampaikan oleh YBhg. Profesor Emeritus Datuk Ts. Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, FASc., Presiden MBOT, kepada Tharunraj A/L Ragu, seorang graduan cemerlang dari program Diploma Teknologi Maklumat, Kolej Vokasional Sungai Buloh.

Tharunraj telah menunjukkan kecemerlangan akademik dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif Keseluruhan (PNGKK) sebanyak 3.92, di samping bergiat aktif dalam aktiviti ko-kurikulum. Beliau juga telah meraih pengiktirafan di peringkat antarabangsa, sekali gus membuktikan kebolehannya bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga di peringkat global.