News

CAMPUS TECH TALK TUNE@UTeM

Oct 25, 2023
25 OKTOBER 2023 - Pada hari ini, Program Talent Upskilling and Networking for Employment (TUNE) MBOT meneruskan agenda dengan mengadakan sesi perkongsian yang diadakan di Kampus Teknologi Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), MITC Ayer Keroh. Sesi ini telah disertai oleh 150 orang pelajar daripada pelbagai program Sarjana Muda Teknologi (Bachelor of Technology - B.Tech), UTeM. 

Bersempena program TUNE kali ini, MBOT telah menampilkan seorang penceramah iaitu YBrs. Ir. Ts. Sheikh Masood Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Pro Mech Alaf Sdn Bhd dengan topik 'Game Changing on IR4.0 and Hyper Competitiveness in Digital World'. YBrs. Ts. Suffian Abd Razak, Jurutera Pengajar Kanan UTeM turut hadir menyampaikan ucapan alu-aluan kepada hadirin. 

Aktiviti ini merupakan siri kelima program TUNE yang membabitkan para pelajar di Institut Pengajian Tinggi daripada pelbagai program teknologi dan teknikal.