Feb 03, 2026
3 Februari 2026 - Sukacita dimaklumkan bahawa
Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) melalui
Majlis Pembangunan Profesional Teknologi dan Teknikal (TPDC) telah memperkenalkan
Pensijilan Pembangunan Profesional (Professional Development Certification – PDC). Inisiatif ini bertujuan memastikan
jaminan kualiti program pembangunan profesional dalam bidang teknologi dan teknikal.
Apa Itu PDC?
PDC menilai
kualiti, struktur, dan impak program latihan, serta diiktiraf secara rasmi oleh MBOT. Dengan PDC, peserta boleh memastikan program latihan yang disertai
memenuhi standard profesional dan keperluan industri.
Kelebihan & Manfaat PDC:
✔ Dinilai secara profesional
✔ Selaras dengan keperluan industri
✔ Menyokong pembangunan kerjaya
✔ Memberi pengiktirafan rasmi kepada program latihan termasuk kursus pendek
✔ Menawarkan nilai tambah melalui pengiraan mata
Continuing Professional Development (CPD) yang lebih tinggi berbanding program latihan biasa
Sehingga kini, sejumlah program daripada pelbagai penyedia latihan telah menerima pensijilan PDC, merangkumi pelbagai tahap dan jenis program pembangunan profesional. Ini mencerminkan
penerimaan dan keperluan pasaran terhadap program latihan yang berstruktur dan berkualiti.
Poster Rasmi – “Apa Itu PDC?”
Penyertaan dan penglibatan pihak penyedia latihan amat dialu-alukan untuk memahami pendekatan PDC, manfaat pengiktirafan, serta keperluan penglibatan sebagai penyedia latihan di bawah inisiatif ini.