News

MAJLIS PENGANUGERAHAN SIJIL TEKNOLOGIS PROFESIONAL MBOT

Apr 11, 2019

UTHM : 11 April 2019, Majlis Penganugerahan Sijil Teknologis Profesional MBOT

Majlis Penganugerahan Sijil Teknologis Profesional MBOT yang dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) UTHM bertempat di Dewan Jamuan Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah UTHM. 
Majlis tersebut telah dihadiri oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Wahid bin Razzaly, Naib Canselor UTHM, YBrs. Ts Nizam bin Kamarulzaman, Ahli Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dan YBrs. Prof. Madya Dr. Shahruddin bin Mahzan @ Md Zin, Dekan FKMP UTHM serta pegawai-pegawai Universiti.

Semoga kejayaan ini akan membakar semangat lebih ramai Teknologis dan Juruteknik untuk mendapat pengiktirafan yang sama. Terima kasih di atas kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi yang telah diberikan oleh semua calon.