News

MBOT DI ACARA LANGKAWI INTERNATIONAL MARITIME AND AEROSPACE EXHIBITION (LIMA'19)

Apr 12, 2019

LANGKAWI : 26 - 28 Mac 2019

Pada 26 hingga 28 Mac yang lepas, MBOT diberi peluang untuk memeriahkan Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA'19). Kesempatan ini telah diberikan oleh National Aerospace Industry Coordinating Office (NAICO) kerana MBOT adalah sebahagian daripada inisiatif baru untuk mempromosi perkembangan Aeroangkasa tanah air di atas keberhasilan industri aeroangkasa dalam mengekalkan pertumbuhan positif.

LIMA'19 edisi ke-15 ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC). Turut hadir bersama ialah Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.