About Us

Anugerah MBOT 2024

Anugerah-teknologis-1.jpg
Pada tahun ini, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui MBOT akan menyampaikan penganugerahan khas buat Teknologis dan Juruteknik negara serta tokoh wanita bagi menghargai kejayaan dan sumbangan mereka dalam pembangunan negara dan masyarakat. 

Terdapat tiga (3) kategori anugerah dan hanya SATU pemenang bagi SETIAP kategori seperti berikut;
i. Anugerah Teknologis Negara 2024
ii. Anugerah Juruteknik Negara 2024
iii. MBOT Woman Leadership Award 2024

Permohonan pencalonan perlu dibuat menggunakan dokumen pencalonan yang perlu dimuat turun seperti berikut; 
i) Borang Pencalonan
ii) Senarai Semak Dokumen Pencalonan


Dokumen yang telah lengkap perlu dikemukakan dalam bentuk PDF dan dimuat naik melalui pautan Pendaftaran seperti berikut: https://linktr.ee/LembagaTeknologisMalaysia
Semua pencalonan akan melalui beberapa proses yang ketat sebelum disenarai pendek. Segala pemberitahuan akan dimaklumkan melalui emel. 

SENARAI DAN KRITERIA ANUGERAH MBOT


BIL PERKARA KETERANGAN
1. Nama Anugerah Anugerah Teknologis Negara
  Kriteria
  • Warganegara Malaysia
  • Ahli profesional MBOT (Teknologis Profesional - Ts.)
  • Sekurang-kurangnya dalam tempoh 5 tahun terkini pernah membangunkan penyelidikan atau pembangunan/ projek teknikal/ projek khas/ perkhidmatan teknologi bagi pembangunan produk, pembuatan produk, pengujian produk, pentauliahan produk atau penyenggaraan produk
  • Mempunyai sumbangan yang signifikan kepada pembangunan dan kemajuan industri, masyarakat atau negara
  • Berketerampilan serta mempunyai daya kreativiti, inovasi dan kompetensi sebagai seorang Teknologis Profesional (Ts.)
  • Mempraktikkan amalan Environmental, Social and Governance (ESG) dalam profesion mereka
2. Nama Anugerah Anugerah Juruteknik Negara
  Kriteria
  • Warganegara Malaysia
  • Ahli profesional MBOT (Juruteknik Bertauliah - Tc.)
  • Sekurang-kurangnya dalam tempoh 5 tahun terkini pernah membangunkan penyelidikan atau pembangunan/ projek teknikal/ projek khas/ perkhidmatan teknikal bagi pengujian produk, pentauliahan produk atau penyenggaraan produk
  • Mempunyai sumbangan yang signifikan kepada pembangunan dan kemajuan industri, masyarakat atau negara
  • Berketerampilan serta mempunyai daya kreativiti, inovasi dan kompetensi sebagai seorang Juruteknik Bertauliah (Tc.)
  • Mempraktikkan amalan Environmental, Social and Governance (ESG) dalam profesion mereka
3. Nama Anugerah MBOT Woman Leadership Award
  Kriteria
  • Warganegara Malaysia
  • Ahli Wanita MBOT
  • Sekurang-kurangnya dalam tempoh 5 tahun terkini pernah membangunkan penyelidikan atau pembangunan/ projek teknikal/ projek khas/ perkhidmatan teknologi bagi pembangunan produk, pembuatan produk, pengujian produk, pentauliahan produk atau penyenggaraan produk
  • Mempunyai sumbangan yang signifikan kepada pembangunan dan kemajuan industri, masyarakat atau negara
  • Berketerampilan serta mempunyai daya kreativiti, inovasi dan kompetensi sebagai seorang teknologis atau juruteknik
  • Mempunyai impak besar kepada pembinaan golongan wanita, keluarga, masyarakat dan negara
  • Mempraktikkan amalan Environmental, Social and Governance (ESG) dalam profesion mereka
  • Mempunyai pengalaman dalam kepimpinan dalam kluster teknologi atau teknikal