News

MBOT TUNE SUMMIT 2023: IGNITING MINDS, INSPIRING INNOVATION

Dec 20, 2023
20 DISEMBER 2023 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah menganjurkan MBOT TUNE SUMMIT 2023 yang bertujuan untuk menggalakkan perkongsian pengetahuan mengenai teknologi dan kerjaya serta berpeluang untuk berinteraksi dengan ahli profesional menerusi pendedahan terhadap alam pekerjaan.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada YBhg. Prof. Dato' Ts. Dr. Mohd Zamri Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), diikuti dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh YBrs. Dr. Md Fauzi Md Ismail, Pendaftar MBOT.

Penceramah program ini terdiri daripada YBrs. Ts. Dr. Lim Zhen Wen, Ketua Staf, Payments Network Malaysia, YBrs. Tc. Mas Muhammad Haziq bin Saifuddin, Juruteknik Baik Pulih Enjin, GE Aerospace Malaysia yang juga Anggota Lembaga MBOT, YBrs. Ts. Cempaka Lim, Jurutera Jualan Teknikal SLB dan YBrs, Ar. Idr Ts. Ahmad Ridha Abd Razak, Pengarah, Seetizens Lab Sdn Bhd. 

Program ini juga menampilkan komponen yang interaktif dengan kehadiran sepuluh wakil pemain industri iaitu;
1. Heitech Padu
2. Power IT
3. Fortinet
4. INTEL
5. Trainocate
6. Media Lab
7. Oppstar
8. Acasia Communication
9. Plytec
10. Perkeso

Objektif utama pameran daripada industri ini adalah untuk memberi pelajar bimbingan secara langsung sebelum menceburi dunia profesional. Wakil-wakil daripada pelbagai syarikat telah berkongsi pandangan dan tips mengenai laluan kerjaya yang berpotensi, peluang latihan dan nasihat yang bermanfaat untuk berjaya dalam industri.

Seramai 200 orang pelajar daripada pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta serta 20 wakil industri telah hadir memeriahkan program ini.