News

MBOT METERAI MOU BERSAMA JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI

Nov 30, 2023
29 NOVEMBER 2023 - Sesi Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah diadakan pada hari ini. Pemeteraian ini dilaksanakan oleh YBrs. Dr. Md Fauzi Md Ismail, Pendaftar MBOT dan YBrs. Dr Haji Mohd Zahari Bin Ismail, Ketua Pengarah JPPKK.

Simbolik kerjasama ini telah diadakan bersempena majlis Sesi Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) Bersama Industri Sempena Persidangan Meja Bulat YB Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Ahli Majlis Penasihat Industri Politeknik 2023 bertempat di Sama Sama Hotel, Kuala Lumpur International Airport (KLIA).  

MoU yang dimeterai antara MBOT dan JPPKK ini membabitkan pengiktirafan para graduan Politeknik dan Kolej Komuniti secara pukal dan pelaksanaan inisiatif MBOT Student Chapter yang menumpukan kepada Kolej Komuniti dan Politeknik di seluruh Malaysia. 

Pemeteraian MoU itu adalah antara JPPKK dan MBOT serta JPPKK bersama rakan-rakan strategik yang lain melibatkan pelbagai industri, institusi dan badan Kerajaan.