News

KUNJUNGAN HORMAT PRESIDEN MBOT KEPADA KETUA PENGARAH PENDIDIKAN TINGGI

Feb 08, 2024
8 FEBRUARI 2024 - Sebagai sebuah badan profesional yang turut menjalankan fungsi menilai jaminan kualiti program, Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) sentiasa komited dalam menjalinkan hubungan akrab bersama pemegang taruh berkaitan. Justeru, YBhg. Prof. Datuk Ts. Ir. Dr. Siti Hamisah Binti Tapsir, FASc., Presiden MBOT pada hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Prof. Dr. Azlinda binti Azman di Jabatan Pendidikan Tinggi di Putrajaya. 

Kunjungan hormat tersebut merupakan platform membincangkan dan mengeratkan hubungan antara MBOT dan JPT terutama dalam konteks jaminan kualiti program akademik teknologi dan teknologi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). 

Turut hadir ialah YBhg. Dato' Dr. Mohd Sharil bin Abdullah, Pengarah Bahagian Hubungan Industri, YBrs. Prof. Madya Dr. Azidah binti Abu Ziden, Pengarah Bahagian Kecemerlangan Akademik, YBrs. Ts. Inv. Dr. Mohammad bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan IPT JPT. Manakala MBOT turut diwakili oleh YBhg. Prof. Dato' Ts. Dr. Zaliman Bin Sauli, Anggota Lembaga dan pengurusan tertinggi MBOT.