News

Bidang teknologi inovasi sumbang kepakaran kepada negara

Sep 20, 2017

KUANTAN 20 Sept. - Bidang teknologi inovasi dilihat mampu menyumbang kepakaran yang diperlukan kepada negara selepas diluluskan Kabinet tahun lalu.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah berkata, Majlis Teknologi Malaysia (MBOT) akan memberi pengiktrafan kepada kerjaya teknologis dan juruteknik sebagai profesion ikhtisas di negara ini.

“Walaupun profesion ini masih baharu, tetapi ia boleh menyumbangkan sesuatu yang bernilai kepada industri di negara ini menerusi teknologi inovasi.

“Sudah ada beberapa universiti mendapat pengiktirafan daripada MBOT terhadap teknologi yang dihasilkan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menutup program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bersama Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Kompleks Sukan universiti itu di Gambang di sini, hari ini.